5 cara untuk setia pada pasangan anda

1. Cintailah dirinya sepenuh hati
– Sudah menjadi hukum alam, apa yang kita beri maka itulah yang akan kita perolehi pula. Semakin banyak yang kita beri, semakin banyak pula yang akan diterima. Jika mahu pasangan anda setia sudah tentu perkara pertama yang mesti dibuat adalah setia dan mencintai dirinya sepenuh jiwa dan raga.

2. Buat dirinya berasa istimewa
– Tiada siapa yang akan bertahan seandainya dilayan dengan cara yang tidak selayaknya. Selalu pastikan anda melayan pasangan agar dirinya rasa dihargai dan membawa makna yang besar terhadap anda.

3. Belailah dirinya
– Siapa kata belaian cuma bermakna sentuhan. Kalau belum ada ikatan yang sah – jangan sentuh sembarangan. Belailah pasangan dengan pandangan mata, senyuman manis, kata pujian dan menghargai pendapatnya.

4. Biarkan dia bebas
– Ramai yang tersalah faham di poin ini. Mereka fikir, untuk memastikan pasangan terus kekal setia maka hendaklah mengikat mereka seerat yang mungkin. Cuma orang yang tidak yakin pada diri serta tidak percaya pada qada & qadar sahaja yang akan merasa perlunya mengongkong pasangan. Cinta tidak perlu dipaksa. Ia hadir dengan sendiri. Ia anugerah yang Maha Penyayang kepada kita semua.

5. Yakin dan percaya
– Berkait rapat dengan poin di no. 4 di atas. Belajarlah mempercayai pasangan. Yakin padanya dan berdoalah. Andai takdirnya memang begitu. InsyaAllah semua akan berjalan dengan sempurna sesuai dengan perancangan yang Maha Esa terhadap hidup anda dan pasangan.

Leave a comment